Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Setiap hari, 10 kanak-kanak kudung di Gaza – UNRWA

    GENEVA, 26 JUN – Setiap hari, 10 kanak-kanak kehilangan satu atau kedua-dua kaki mereka akibat genosid berterusan di Semenanjung Gaza, menurut Setiausaha Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.

    Ketika sidang media di Suruhanjaya Penasihat UNRWA di Geneva, Lazzarini berkata, “Secara purata setiap hari, 10 kanak-kanak hilang satu atau kedua-dua kaki mereka. Itu memberi gambaran tentang kehidupan yang dialami seorang kanak-kanak di Gaza.”

    Memetik angka yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), beliau mene-gaskan angka itu tidak termasuk ‘mereka yang hilang lengan dan tangan dan kita mempunyai banyak lagi’ kes seperti itu, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin.

    “Ini bermakna kira-kira 2,000 kanak-kanak kudung selepas lebih 260 hari pepera-ngan,” kata Lazzarini. Sementara itu, Save the Children pada Isnin memaklumkan kira-kira 21,000 kanak-kanak gagal dikesan setakat ini.

    Dalam kemas kini mengenai situasi di wilayah itu, Pesuruhjaya Tinggi UNRWA itu menyatakan bahawa sekitar 4,000 kanak-kanak dilaporkan hilang dan 17,000 lagi hidup tanpa pengawasan selepas hampir sembilan bulan perang. Beliau turut mengecam serangan terbaharu ke atas sekolah yang dikendalikan oleh agensi PBB di Bandaraya Gaza.

    Lazzarini turut memberi amaran bahawa agensi itu menghadapi krisis pembiayaan sejak Januari, apabila banyak negara menghentikan pembiayaan berikutan dakwaan palsu Israel mengenai 12 daripada 13,000 pekerjanya terlibat dalam serangan 7 Oktober. – Bernama

    Seorang kanak-kanak perempuan Palestin yang kehilangan kaki berdiri di antara khemah sementara di Rafah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...