Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setiap individu main peranan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 MAC – Bagi mengiktiraf usaha-usaha yang dilakukan oleh kakitangan dalam memikul tanggungjawab masing-masing di tempat kerja, Germanischer Lloyd Offshore and Industrial Services (B) Sdn Bhd, entiti tempatan DNV di Brunei, telah mengadakan Majlis Anugerah Pengiktirafan Pencapaian di dewan majlis Plaza Sutera Biru, Kuala Belait, baru-baru ini.

    Dalam ucapan pembukaannya, Pengurus Kontrak, MC Jeyasekhar menekankan mengenai kepentingan kerja setiap individu yang menyumbang kepada kejayaan projek mereka secara keseluruhan.

    “Kecekapan melangkaui penggunaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada kerjaya mereka, kerana elemen utama adalah termasuk membuat keputusan dan bersikap tegas dalam membuat keputusan muktamad terutamanya dalam bidang pemeriksaan,” tambahnya.

    Selepas ucapan tersebut, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para penerima yang disampaikan oleh Pengurus Kontrak dan pihak pengurusan eksekutif kanan syarikat.

    Antara pencapaian yang ditekankan dalam majlis tersebut adalah pencapaian kakitangan pada tahun lepas termasuk maklum balas positif pelanggan, kejayaan pensijilan teknikal, penilaian penyelia, penghantaran PAKAT (TAGUR), KPI operasi, serta lain-lain metrik seperti semangat, ketepatan masa, dan komitmen.

    MC Jeyasekhar ketika menyerahkan anugerah kepada salah seorang penerima.
    Salah seorang kakitangan menerima anugerah daripada pihak pengurusan eksekutif kanan syarikat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda