Tuesday, November 5, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Setiap tahun Gayatri beraya dengan keluarga saya’

    Pelakon Zul Ariffin menganggap kehadiran penerbit, Gayatri Su-lin Pillai meraikan Aidilfitri bersamanya dan dua kakak sebagai perkara biasa.

    Malah, Zul atau nama penuh, Zulkifli Ariffin, 38, berkata keluarga terutama arwah ibunya, Allahyarham Robiah Nasir sudah menganggap Gayatri seperti anak sendiri.

    “Gayatri setiap tahun beraya dengan keluarga saya. Dari dahulu lagi, arwah emak saya sayang dia dan anggap seperti anak sendiri.

    “Benda (bergambar sekeluarga) tiap-tiap tahun ada. Cuma abang saya sahaja yang tiada dalam foto itu.

    “Jadi, saya anggap itu perkara biasa,” katanya ditemui Harian Metro pada majlis tayangan perdana filem Sheriff di GSC Mid Valley di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Pada 1 Syawal lalu, Gayatri yang juga Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment (M) Sdn Bhd mencetuskan spekulasi dalam kalangan warganet apabila memuat naik foto dirinya beraya dengan Zul serta dua kakaknya.

    Mengulas dakwaan foto berkenaan bagai mengesahkan hari bahagianya makin hampir, Zul berkata, kisah dirinya mahu berkahwin sering diperkatakan, namun, masih belum menjadi kenyataan.

    Justeru, aktor bertubuh sasa itu berharap dia diberi ruang tidak berkongsi perkara peribadi. – Agensi

    Zul berkata keluarganya terutama arwah ibunya sudah menganggap Gayatri seperti anak sendiri. – Malay Mail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda