Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Setiausaha Agung ASEAN gesa Genertec China tingkatkan pelaburan di rantau ini

    JAKARTA, 3 JULAI – Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn menggesa China General Technology (Group) Holding Co Ltd untuk memperluas rangkaiannya dan meningkatkan pelaburan dalam rantau ASEAN.

    Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan seruan itu dibuat semasa pertemuan dengan pengurus besar syarikat berkenaan, Cui Zhicheng yang diadakan di Beijing, kelmarin.

    Perbincangan juga memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama antara ASEAN dan China, terutamanya dalam memajukan inovasi teknologi, meningkatkan kerjasama perubatan dan kesihatan serta meneroka peluang merentasi pelbagai sektor dalam ASEAN.

    Ditubuhkan pada tahun 1998, China General Technology juga dikenali sebagai Genertec terlibat dalam pembuatan canggih dan perkhidmatan teknikal, perubatan dan penjagaan kesihatan serta perdagangan dan perkhidmatan kejuruteraan.

    Semasa lawatannya ke China, Kao juga bertemu dengan presiden China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC), Wang Lixin di ibu pejabat syarikat itu kelmarin.

    Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dalam pengangkutan rel dan pembangunan infrastruktur antara ASEAN dan China, bertujuan untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau jangka panjang, kemampanan dan daya tahan.

    Kao melawat Dewan Pameran Pembinaan Kereta Api China, di mana beliau menyaksikan inovasi terkini CRCC dalam projek infrastruktur kereta api yang menonjolkan kemajuan China dalam teknologi kereta api dan pencapaian dalam pembinaan kereta api. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...