Tuesday, March 4, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setiausaha Kesihatan AS sokong vaksin campak

    WASHINGTON, 3 MAC – Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Robert F. Kennedy Jr, yang sebelum ini dikenali sebagai pengkritik vaksin, menyuarakan sokongan terhadap vaksin campak susulan penularan wabak di barat daya negara itu.

    Kematian seorang kanak-kanak tidak divaksinasi di Texas pada akhir Februari lalu menjadi kes fatal pertama akibat campak di AS dalam tempoh sedekad.

    Kennedy, yang baru dilantik sebagai Setiausaha Kesihatan, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai keselamatan vaksin campak, beguk dan rubela (MMR), malah meremehkan penularan wabak dengan menyatakan bahawa “wabak tahunan bukan sesuatu yang luar biasa.”

    Namun, dalam artikel yang diterbitkan di Fox News kelmarin, Kennedy mengubah pendiriannya, menyatakan “kebimbangan mendalam terhadap wabak campak” dan menekankan kepentingan imunisasi.

    “Vaksin bukan sahaja melindungi individu daripada campak, tetapi juga menyumbang kepada imuniti komuniti, melindungi mereka yang tidak dapat divaksin atas sebab perubatan,” tulisnya.

    Bagaimanapun, Kennedy masih menegaskan bahawa “keputusan untuk mengambil vaksin adalah hak peribadi” dan menggesa ibu bapa berbincang dengan penyedia kesihatan mengenai pilihan mereka untuk mendapatkan vaksin MMR. – AFP

    Robert F. Kennedy Jr. mendengar semasa Presiden Donald Trump mengadakan mesyuarat kabinet di Rumah Putih di Washington, DC, pada 26 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda