BARCELONA, 20 JAN – Pengurus baharu pasukan Barcelona, Quique Setein berjaya mengendalikan pasukannya dengan kemenangan pertamanya di Barcelona apabila Messi menjaringkan gol 1-0 menentang Granada.
Pemain penjaring terbanyak kelab sepanjang masa Lionel Messi menemui jaringan setelah pasukan pelawat Granada hanya bermain 10 pemain apabila Germain Sanchez dilayangkan kad kuning kali kedua kerana melakukan kekerasan kepada Messi di Camp Nou kelmarin.
Barcelona dengan kelebihan pemain mendapat peluang melepasi pertahanan Granada apabila Messi meluru masuk di petak gol Granada melakukan tendangan kepada rakannya Antoine Griezman, lalu Griezman membuat hantaran pendek kepada Arturo Vidal dan mengembalikan bola kepada Messi serta melakukan jaringan kemenangan mereka di minit ke-76.
Setien selaku bekas jurulatih Real Betis dilantik menjadi pengurus baharu Barcelona selepas pemecatan Ernesto Valverde sejurus selepas kekalahan di separuh akhir Piala Super Sepanyol menentang Atletico Madrid.
“Saya rasa gembira, kami melakukan banyak perkara dengan baik dan saya harap untuk peningkatan sedikit demi sedikit,” jelas Setien.– AP