Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seungri terima apartmen mewah

    PENYANYI sensasi Korea Selatan, Seungri dilaporkan telah menerima sebuah apartmen mewah daripada seorang lelaki Vietnam yang juga seorang hartawan apabila mengadakan kunjungan ke Hanoi dua tahun yang lalu.

    Berita tersebut disahkan oleh Newsen baru-baru ini bahawa firma pembinaan Vietnam yang membangunkan apartmen yang diterima oleh Seungri dalam satu papan iklan yang berbunyi ‘Penyanyi Seungri telah menjadi seorang pemilik apartmen’ di laman sesawang syarikat berkenaan.

    Iklan itu, turut menunjukkan beberapa keping gambar Seungri dan seorang lelaki Vietnam membuat lawatan ke atas sebuah contoh rumah berkenaan termasuklah memberikan maklumat terperinci mengenai pelakon itu.

    Menurut maklumat yang diberikan, Seungri telah berkunjung ke Hanoi selama sehari selepas dijemput oleh seorang rakan baiknya pada 3 April 2016 atau 2017.

    Semasa persinggahan, Seungri telah melawat contoh apartmen berkenaan bersama rakannya dari Korea, hartawan Vietnam dan juga anaknya.

    “Nampaknya, hartawan itu telah memberikan Seungri apartmen berkenan sejurus berakhirnya lawatan itu,” menurut Newsen.

    “Ia jelas menyatakan dalam laman sesawangnya bahawa ‘seorang hartawan telah memutuskan untuk menghadiahkan Seungri apartmen berkenaan dan Seungri berasa terkejut menerima apartmen yang disukainya itu.’

    Laman tersebut turut memperlihatkan maklumat terperinci mengenai apartmen yang diterimanya, yang dihiasi dengan perabot berjenama daripada pereka terkenal Itali yang dijahit bersama kulit buaya, belulang berkualiti dan kayu luar biasa.

    Menurut penyelidikan yang dibuat oleh Newsen, apartmen berkenaan terletak di sebuah bangunan serba guna yang memiliki kira-kira 240 buah apartmen seluas 200 meter persegi, dijual kira-kira AS$883,000 sebuah. – Agensi

    Seungri dilaporkan menerima sebuah apartmen mewah daripada seorang hartawan Vietnam, dua tahun lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda