Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seungri tidak serik kunjungi kelab malam

    Bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri dilihat banyak menghabiskan masa di pelbagai restoran dan kelab malam di kawasan Gangnam, Korea Selatan selepas dibebaskan daripada penjara pada 2023.

    Allkpop melaporkan, Seungri dilihat menggayakan pakaian kasual dan ditemani rakan-rakannya ketika menikmati minuman keras di kelab malam.

    Menurut sumber, kelibat penyanyi berkenaan mengunjungi kelab malam di sekitar Gangnam kira-kira dua kali seminggu.

    “Dia biasanya ke kelab malam untuk menikmati minuman dengan santai dan pergi begitu sahaja tanpa menarik perhatian ramai,” katanya.

    Sebelum ini, selepas diboikot daripada industri hiburan Korea Selatan gara-gara skandal Burning Sun, penyanyi berusia 34 tahun ini didakwa menetap di Asia Tenggara, termasuk salah satunya di Kemboja.

    Dalam satu kejadian yang berlaku di kelab malam di Kemboja, Seungri menjerit memberitahu dia akan membawa G-Dragon bersama-samanya sehingga menarik perhatian ramai.

    Tidak hanya itu, Seungri turut dilihat mengadakan pertemuan dengan pelabur luar negara di Asia Tenggara.

    Antara pelabur antarabangsa yang ditemui Seungri ialah Jacob Arabo iaitu pengasas jenama jam tangan mewah dari Switzerland.

    Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 melibatkan penyanyi Seungri, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island. – Agensi

    Seungri dilihat kerap mengunjungi kelab malam di Korea Selatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda