Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sewaan skuter elektrik bakal diharamkan?

    ANKARA, 17 JAN – Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku, lapor agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan.

    Penggunaan skuter elektrik di Perancis mencetuskan kontroversi kerana kemalangan, laluan pejalan kaki dipenuhi oleh kenderaan itu yang diletakkan merata-rata selain pemandu tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

    Pada 2022, polis merekodkan 337 kemalangan di Paris, termasuk satu kemalangan maut, menurut penyiar tempatan, Franceinfo.

    Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo baru-baru ini memberitahu akhbar harian, Le Parisien bahawa beliau akan mengadakan pungutan pendapatan itu pada 2 April sama ada membenarkan perkhidmatan penyewaan skuter elektrik terus beroperasi.

    Datuk Bandar menyatakan sokongannya terhadap larangan itu namun berkata beliau akan menghormati keputusan penduduk.

    Hanya skuter elektrik untuk disewa, yang jumlahnya kira-kira 15,000 di Paris, terlibat dalam pungutan suara itu. Penduduk Paris yang memiliki skuter elektrik peribadi tidak terjejas sekiranya pengharaman dilaksanakan. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 3 September 2021 menunjukkan skuter elektrik untuk disewa diletakkan di Paris. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...