Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sexton, Furlong bersedia untuk Six Nations

    DUBLIN, 10 JAN – Johnny Sexton dan Tadhg Furlong dijangka cergas bermain untuk Ireland dalam Kejuaraan Six Nations, yang bermula bulan depan, kata kelab wilayah Ireland, Leinster, kelmarin.

    Pemain veteran Sexton, 37, mengalami kecederaan tulang pipi dalam perlawanan Kejuaraan Ragbi United menentang Connacht pada 1 Januari dan menjalani prosedur minggu lalu, menurut satu kenyataan daripada kelab itu.

    “Beliau akan dinilai lebih lanjut minggu depan, tetapi dijangka akan kembali menjelang Kejuaraan Six Nations,” kata kenyataan itu.

    Ireland, ranking nombor satu dunia, mengunjungi Wales untuk perlawanan pembukaan Six Nations pada 4 Februari.

    Pasukan Andy Farrell kemudiannya mengharungi pertemuan yang mungkin menentukan kejuaraan dengan bertemu juara bertahan, Perancis di Dublin, tujuh hari kemudian.

    Sexton, yang telah meraih 109 penampilan untuk negaranya, terlepas dua daripada tiga ujian Ireland pada November kerana kecederaan.

    Furlong telah pulih daripada masalah buku lali tetapi mengalami apa yang disifatkan Leinster sebagai ‘masalah kecil’ semasa latihan minggu lalu dengan kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda