Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    SFTF2023 teroka inovasi teknologi

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Huawei Technologies (B) Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Sultan Islam Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Teknologi Islam (FIT) hari ini, telah melancarkan program Seeds for the Future 2023 (SFTF2023) di Auditorium UNISSA.

    Program yang disertai oleh 35 orang pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam negara itu telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh selaku tetamu kehormat majlis.

    Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies (B) Sdn Bhd, Tong Wei Shiang dalam ucapannya melihat potensi masa depan Brunei dalam pemodenan infrastruktur teknologi dan pengembangan ruang digital.

    Beliau menyatakan, tidak terlewat untuk memperoleh pengetahuan baharu, dengan harapan dapat menyumbang kepada ekonomi digital Brunei.

    Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata ia adalah platform yang sangat baik bagi mereka yang ingin terlibat dalam industri teknologi.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah bersama Tong Wei Shiang dan Profesor Dr Haji Abdul Hafidz melancarkan program Seeds for the Future 2023 di Auditorium UNISSA, kelmarin.- Gambar oleh Rafi Rosli
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah bergambar ramai bersama tetamu khas pada majlis perasmian berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Tong Wei Shiang semasa menyampaikan ucapan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Fokus program adalah untuk menawarkan pelajar peluang untuk meneroka inovasi teknologi, pertandingan global Tech4Good, dan pertukaran budaya dengan pelajar-pelajar dari dalam dan luar negara.

    “Program ini mampu meningkatkan pengetahuan dalam mengembangkan dan mengaplikasikan teknologi digital seterusnya memberi peluang untuk mempersembahkan
    idea-idea inovatif dalam projek yang dijalankan,” jelasnya.

    Sementara itu, Dekan FIT, Profesor Dr Haji Abdul Hafidz bin Haji Omar selaku pengerusi bersama SFTF2023, pula mengongsikan beberapa aktiviti telah dijalankan sehingga hari ini sejak perjanjian memorandum persefahaman (MoU) terjalin antara kedua-dua
    pihak.

    Usaha berkenaan bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran dan pengetahuan teknologi terkini dari perspektif industri.

    Program juga harap dapat meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi yang sentiasa berubah dengan deras terutama mensiapsiagakan pelajar memasuki abad ke-21.

    Menurut kenyataan yang diberikan, SFTF2023 akan berjalan selama lapan hari dan termasuk 15 jam kursus yang disiarkan secara langsung serta akses kepada lebih 40 kursus dalam talian yang meliputi teknologi, inovasi, perbincangan mengenai topik-topik terkini, pertukaran budaya, dan penyertaan dalam projek Tech4Good.

    Program yang julung kalinya diadakan selepas pandemik itu membawakan mentor yang terdiri daripada pakar-pakar untuk memberikan bimbingan dan interaksi secara langsung bersama pelajar-pelajar.

    Turut hadir pada perasmian program ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Hajah Lilly
    Suzana binti Haji Shamsu; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad; dan Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...