Sunday, July 7, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Shaa tak mahu gerak solo

    Selesa bergelar penghibur jalanan, penyanyi Shaa tidak pernah terfikir untuk bergerak solo atau meninggalkan kumpulan busking yang disertainya itu.

    Kata Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, 29, ini kerana rakan-rakannya itu setia berada di sisinya ketika susah atau senang.

    “Dari dulu saya dengan mereka jadi sampai sekarang pun nak bersama mereka juga. Pendirian saya tetap macam itu takkan berubah.

    “Saya ada ambil persembahan solo cuma tinggalkan busking itu tak akan terjadi. Kalau naik kita mesti naik sama-sama,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Menurut Shaa, dia pernah berhijrah ke Kuala Lumpur selama dua tahun sebelum ini namun ia hanya sekadar usaha yang sia-sia.

    Shaa bersama rakan-rakan buskernya. – mStar

    Baginya tidak mudah untuk menjalani kehidupan di ibu kota itu bersendirian, dalam masa sama mengusahakan perniagaan.

    “Saya pernah berhijrah selama dua tahun di Kuala Lumpur, tanpa busking tapi saya rasa down. Rasa macam tak boleh buat apa-apa.

    “Berniaga di sana agak susah… tak macam dekat Kedah. Bila rasa down masa itu saya terus balik ke Kedah busking semula dengan mereka.

    “Mereka juga mengalu-alukan kembali kehadiran saya sehinggalah hari ini,” katanya lagi.

    Mengulas lanjut penyanyi lagu Pertama Kali ini, percaya rezeki yang dimiliki bukan untuknya seorang diri namun perlu dikongsi bersama rakan-rakannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    13 masuk hospital selepas gajah mengamuk

    COLOMBO, 7 JULAI - Kira-kira 13 orang cedera pada malam kelmarin selepas seekor gajah mengamuk semasa acara keagamaan di selatan Sri Lanka, kata polis...