Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shabaab serang pangkalan tentera Somali, 8 maut

    MOGADISHU, 29 Sept – Para pejuang jihad Shabaab menyerang pangkalan tentera Somalia awal hari ini di bandar selatan Barire, mengorbankan kira-kira lapan tentera dan mereka telah mencuri peralatan, menurut para pegawai dan saksi.

    Serangan ke atas kem tentera Kebangsaan Somalia (SNA) di Barire, kira-kira 40 kilometer barat bandar Mogadishu, bermula dengan dua orang penyerang berani mati meletupkan bom kereta mereka di hadapan lelaki-lelaki bersenjata yang menguasai pangkalan.

    “Berlaku pertempuran hebat pagi ini,” kata Mohamed Haji Ali, seorang pemerintah tentera Somalia, dengan mengesahkan serangan ke atas media setempat tanpa memberikan butiran tentang kematian atau kecederaan.

    Para penduduk mengatakan serangan itu mengakibatkan mayat-mayat tentera kerajaan berselerak di atas tanah manakala para pejuang Shabaab melakukan rampasan ke atas pangkalan itu dengan mencuri kenderaan dan senjata.

    Bangkai bas mini selepas bom kereta meletup di tengah Mogadishu pada 28 September. – AFP

    “Terdapat mayat-mayat sekitar kem tentera dan saya menghitung kira-kira lapan dari mereka adalah tentera Somalia tetapi mungkin lebih dari itu,” kata Abdulahi Muktar.

    Penduduk lain menceritakan mendengar dua letupan kuat yang diikuti dengan tembakan senjata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda