Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shafie: Sabah sentiasa terbuka bekerjasama dengan kerajaan pusat

    KOTA KINABALU, 31 OGOS –  Kerajaan negeri Sabah sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam soal pembangunan negeri dan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

    “Saya sudah maklumkan pada beliau  (Muhyiddin) bahawa Sabah akan mengamalkan (kerjasama) G-to-G (kerajaan dengan kerajaan), antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk kepentingan negara. “Bukan seperti haluan politik. Saya nyatakan politik adalah berbeza dan ketepikan itu. Pendirian politik saya untuk sesetengah perkara dan prinsip berbeza. Tapi kita memberi kerjasama dalam membina negara. Itu penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda