Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shah Radhi terbuka terima tawaran

    PELAKON drama Monalisa, Shah Radhi Hazvee mengakui tidak ada sebarang perancangan untuk memilih karya kerana baginya setiap tawaran itu adalah rezeki.

    Kata jejaka berusia 22 tahun itu, walaupun suatu hari nanti cemerlang dalam kerjaya, dia tetap menerima semua watak biarpun hanya sekadar pelakon tambahan.

    “Setiap pelakon punya cara masing-masing untuk bertahan dalam industri. Saya juga ada strategi tersendiri untuk terus berdiri kukuh sebagai pelakon.

    “Sekalipun sudah menempa populariti, saya akan terima semua watak dan peluang berlakon walau hanya sekadar pelakon tambahan. Bagi saya, itu adalah rezeki,” katanya.

    Shah Radhi Hazvee sentiasa terbuka untuk menerima sebarang lakonan.

    Hampir tiga tahun dalam industri, Shah mensasarkan lima tahun untuk mengembangkan kerjaya seninya serta membina nama di pentas seni lakon.

    “Saya ada sasaran yang harus dicapai dalam masa lima tahun ini. Kalau boleh, saya mahu kembangkan lagi bakat dan naikkan nama.

    “Saya sangat berharap agar diberikan ruang dan peluang untuk menunjukkan bakat lakonan. Terima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan,” katanya.-Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda