Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shah Rukh Khan buka rahsia, pernah hasut Aamir Khan

    Pelakon terkenal Shah Rukh Khan mendedahkan dia pernah memberi amaran kepada pelakon Aamir Khan untuk tidak bekerjasama dengan aktres Kajol yang dianggap seorang yang mudah hilang fokus.

    Menerusi laporan Hindustantimes, Shah Rukh Khan bagaimanapun mengakui kesilapannya dan menjelaskan kepada Aamir Khan bahawa Kajol sebenarnya seorang pelakon yang sangat hebat.

    “Bila saya bekerjasama dengan Kajol dalam filem Baazigar, Aamir Khan pernah bertanyakan kepada saya mengenai Kajol sebab dia mahu bekerjasama dengan Kajol.

    “Saya ada mesej Aamir mengatakan yang Kajol seorang yang tidak fokus dan dia tidak akan mudah bekerjasama dengan Kajol. Tapi selepas melihat kehebatan lakonanya, saya terus hubungi Aamir.

    “Untuk menjelaskan salah faham, saya beritahu Aamir yang Kajol seorang yang hebat dalam lakonan,” katanya. Filem Baazigar yang ditayangkan pada 1993 itu merupakan gandingan pertama Shah Rukh Khan dan Kajol. –Agensi

    Shah Rukh Khan pernah beritahu Aamir supaya jangan bekerjasama dengan Kajol. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda