Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital

    Keadaan pelakon Shah Rukh Khan dilaporkan semakin baik selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Ahmedabad, India akibat serangan strok haba kelmarin, lapor mStar.

    Berita baik itu dikongsi oleh rakannya iaitu pelakon Juhi Chawla yang juga berkesempatan melawat Shah Rukh Khan ketika di hospital.

    “Dia semakin pulih. Dia akan bersama menyaksikan perlawanan pasukan kami hujung minggu ini,” katanya dalam sebuah temu bual.

    Pada awal pagi kelmarin, pelakon berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika dia berada di sebuah hotel.

    Dia sebelum ini meraikan kejayaan pasukan kriket miliknya Kolkata Knight Riders (KKR) layak ke pusingan akhir Liga Perdana India (IPL) pada malam Selasa lalu.

    Acara berkenaan berlangsung di Stadium Nerendra Modi.

    Juhi Chawla yang juga pemilik bersama kelab sukan itu bergegas ke hospital bersama isteri Shah Rukh Khan selepas mendapat perkhabaran tentang pelakon berkenaan.

    Terdahulu, video Shah Rukh Khan melayan peminat ketika di stadium menjadi bualan ramai meskipun ketika itu dilaporkan keadaan kesihatannya tidak baik. – Agensi

    Shah Rukh Khan ketika menyaksikan perlawanan pasukan KKR. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda