Thursday, November 21, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shah Rukh Khan hisap 100 batang rokok sehari

    Selepas berpuluh tahun bergelar perokok tegar, bintang bollywood Shah Rukh Khan nekad meninggalkan tabiat tersebut susulan mengalami masalah sesak nafas.

    Shah Rukh, 59, bagaimanapun masih mengalami masalah sama walaupun sudah mengubah gaya hidupnya.

    “Saya ada berita baik untuk semua, saya tidak lagi merokok.

    “Saya ingat saya tak akan lagi rasa sesak nafas selepas berhenti tetapi ia masih sama,” katanya.

    Shah Rukh berkongsi perkara itu ketika sambutan hari lahirnya pada Sabtu lalu.

    Dalam pada itu, pelakon itu kekal optimis dengan keputusan yang diambil dan percaya keadaannya itu akan lama-kelamaan pulih.

    “Insya-Allah doakan yang terbaik untuk saya. Saya yakin semuanya akan baik-baik,” ujarnya.

    Sebelum ini, Shah Rukh mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan tabiatnya menghisap 100 batang rokok dalam sehari.

    Malah dia pernah dikenakan denda selepas ditangkap merokok ketika menonton perlawanan kriket pada 2012.

    Pada 2017, Shah Rukh merancang untuk meninggalkan tabiat tidak sihat berkenaan demi anak-anaknya namun gagal mengawal ketagihannya. – Agensi

    Shah Rukh nekad mengubah gaya hidup selepas mengalami masalah sesak nafas. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda