Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Shah Rukh Khan kongsi pengalaman lucu jalani akupunktur

    Pelakon Shah Rukh Khan berkongsi detik memalukan dalam hidupnya ketika menjalani rawatan akupunktur bagi melegakan kesakitan bahagian leher.

    Shah Rukh berkata, dia pada awalnya membayangkan lehernya akan dicucuk dengan jarum akupunktur namun sebaliknya yang berlaku.

    Pengamal perubatan alternatif itu mencucuk jarum di bahagian zakarnya dan menyifatkan ia pengalaman melucukan dan memalukan buat dirinya.

    “Apabila membayangkan bahagian leher yang akan dicucuk dengan jarum saya sudah mula rasa takut.

    “Tetapi ketakutan saya jadi berganda apabila pengamal perubatan itu mencucuk jarum halus itu ke bahagian alat kemaluan!

    Shah Rukh Khan berkongsi kisah lucu buat rawatan akupunktur. – Agensi

    “Boleh awda bayangkan rasa sakit itu? Saya menggigil sepanjang proses itu dilakukan,” katanya.

    Tambah pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai ini, masalah sakit leher itu sudah dihidapinya sejak beberapa tahun namun takut mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang mendapat kesan sampingan.

    Disebabkan itu, dia mencuba rawatan alternatif selepas disarankan oleh rakan-rakannya.

    “Apa yang lebih melucukan saya tidak memahami apa yang dicakapkan kerana pengamal perubatan itu berasal dari bahagian timur India. Bahasa digunakan berbeza menambah kekeliruan saya.

    “Saya hanya menurut perintah apabila diminta tanggalkan pakaian sebab tidak faham apa yang dia cuba sampaikan,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...