Shah Rukh Khan nafi berlaku curang

Wawancara Shah Rukh Khan berhubung dakwaan aktor Bollywood itu pernah berlaku curang dengan heroin dalam filemnya iaitu Kajol yang dilakukan beberapa tahun lalu kembali tular.

Seperti dipetik Times of India, Shah Rukh Khan, 56, agak marah dan tersinggung apabila tersebar gosip menuduh dia pernah tidur dengan pasangan dalam filemnya itu. Kata Shah Rukh Khan, Kajol merupakan sahabat dan sudah dianggap seperti anak saudaranya sendiri.

Tegasnya lagi, dia juga tidak pernah tidur dengan heroin dalam mana-mana filemnya.

“Kajol dan saya? Dia anak Bibi Tanuja, adik perempuan saya. Bahkan Gauri menyukainya. Saya kerja dengan Juhi Chawla, Madhuri Dixit, Manisha, Sonali, Shilpa, Suchitra, Krishnamurthy, Urmila dan tidak pernah tidur dengan mereka. Saya tidak pernah tidur dengan Kajol,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah tertarik kepada wanita hanya kerana mempunyai wajah yang cantik.

Katanya, dia tertarik kepada wanita yang mempunyai karakter, kecerdasan dan semua yang dimiliki oleh isterinya.

“Saya bukan gay. Tapi saya tidak terangsang pada perempuan yang cantik. Saya lebih tertarik kepada karakter, kecerdasan dan Gauri memiliki itu semua. Jadi kenapa harus mengejar perempuan lain?” ujarnya.

Katanya lagi, jika dia benar-benar ingin berlaku curang, tiada siapa yang akan mengetahuinya kerana dia seorang pelakon yang bagus dan bijak untuk menyembunyikan perkara itu. – Agensi

Shah Rukh Khan mendedahkan dia tidak tertarik dengan wanita cantik. – Agensi