Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shahid Kapor tetap bersifat profesional

    ADA khabar angin mengatakan Shahid Kapoor, 36, enggan berlakon dengan Katrina Kaif dalam filem lakonan terbarunya yang berjudul Batti Gul Meter Chalu.

    Namun dengan pantas Shahid menafikannya, bahkan katanya dia bersedia digandingkan dengan sesiapa saja.

    “Cerita itu karut dan khabar angin itu semua ‘sampah’. Saya tiada masalah dengan mana-mana pelakon,” tegas Shahid yang geram dan marah.

    Dalam Batti Gul Meter Chalu, Shahid akan berlakon sebagai peguam yang mengetengahkan isu bil elektrik yang tinggi sehingga mendatangkan masalah kepada masyarakat India.

    Filem arahan Shree Narayan Singh itu akan dilancarkan pada 31 Ogos depan.

    Shahid Kapoor bakal muncul dengan filem Batti Gul Meter Chalu yang bakal ditayangkan tahun depan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda