Dalam debaran menantikan bakal bergelar suami minggu ini, nama Shahir Zawawi terpalit dengan kontroversi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hutang. Dipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni, seorang pengguna laman sosial mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut. Menjawab dakwaan berkenaan, Shahir atau