Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shahnon menyinar di CIMB Cycle 2019

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Pelumba negara yang mewakili Pasukan G530 Superteam, Awang Shahnon Haji Basman berjaya meraih tempat keempat dalam Kategori Senior Master 160 km edisi ke-3 CIMB Cycle 2019 yang disertai lebih 3,000 peserta dari pelbagai negara di Putrajaya, baru-baru ini.

    “Saya amat berbangga dan bersyukur kerana ini adalah perlumbaan kompetitif pertama saya setelah dua bulan berlatih secara serius dan intensif.

    “Saya tidak meletakkan harapan tinggi pada mulanya memandangkan ramai lagi pelumba yang hebat turut bersaing,” ujar Awang Shahnon yang hanya mendapat tempat ke-37 pada edisi tahun lepas.

    “Ini merupakan keputusan terbaik bagi saya dari segi moral sebagai persediaan Brunei Classic pada bulan Julai nanti selain ada beberapa perlumbaan di Borneo yang menjadi agenda perlumbaan penting pasukan kami,” tambah Shahnon.

    Shahnon ketika menerima hadiah daripada pihak penganjur selepas selesai di tempat keempat CIMB Cycle 2019, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda