Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Shahril lepas semua jawatan dalam FAM

    KUALA LUMPUR, 26 JUN – Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatannya dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa serta-merta.

    Shahril yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran dan pengurus pasukan bawah 23 tahun telah memaklumkan keputusan berkenaan kepada badan induk yang diketuai Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.

    Beliau turut menafikan peletakan jawatan itu berkait dengan keputusan Selangor FC didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam saingan Liga Super 2024/2025 susulan tidak hadir pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.

    “Saya dah maklumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pagi tadi, saya letak semua jawatan dalam FAM serta-merta, (namun) sebab peletakan jawatan, biarlah saya dengan FAM dan Hamidin (sahaja yang tahu).

    “Tiada (kena mengena dengan mana-mana isu), saya memikirkannya sudah lama, bukan seminggu dua, elok fokus pada kelab dan FAS,” katanya ketika dihubungi wartawan hari ini. – Bernama

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...