Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shakhtar Donestsk sedia hadapi AS Roma

    KIEV, 20 Feb – Pasukan dianggap pelarian perang, Shakhtar Donetsk akan ke perlawanan Liga Juara-Juara pada Khamis ini berdepan dengan kelab Itali, AS Roma dengan semangat tinggi walaupun kurang membeli pemain serta jarang mendapat latihan secukupnya.

    Peperangan di timur Ukraine antara tentera kerajaan dan puak pemisah disokong Rusia memaksa Shakhtar bermain di laman sendiri jauh dari stadium canggih mereka Donbass Arena sejak empat tahun lalu.

    Pada 2014, kelab itu berpindah ke Lviv, hampir dengan sempadan barat Ukraine dengan Poland, namun penyokong tempatan yang lebih gemar kepada pasukan utama mereka, Karpaty dan sering kali bermusuhan dengan pasukan dari Donetsk itu atau tidak langsung mempedulikan perlawanan mereka.

    Tahun lalu pemilik Shakhtar membuat keputusan menukar tempat ‘tuan rumah’ mereka ke bandar timur dekat Kharkiv, 250 kilometer ke barat laut tempat asal mereka, Donetsk.

    Shakhtar, kelab tunggal dari timur Eropah bermain pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, akan menerima kunjungan Roma di stadium berkapasiti 40,000 tempat duduk, Metalist Kharkiv.

    Konflik di Ukraine menyebabkan jutawan Shakhtar, Rinat Akhmetov hilang kawalan terhadap banyak lombong arang batu dan syarikat di wilayah pemberontak dekat timur.

    Ia secara serius mengurangkan wang jutawan itu, menyebabkan mereka kurang membeli pemain baharu dan bos kelab terpaksa fokus mengekalkan pemain luar sedia ada dan menyatukan mereka dengan bakat tempatan.

    Pengurus Shakhtar dari Portugal, Paulo Fonseca yang menggantikan pengendali Romania, Mircea Lucescu pada 2016, berkata dia gembira mengelak “kelab hebat seperti Barcelona dan PSG” dalam kelompok 16 pasukan terakhir.

    Fonseca bagaimanapun memberi amaran bahawa kelab Serie A yang kembali mendapat prestasi terbaik itu adalah lawan yang sukar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda