Bintang terkenal Colombia, Shakira, membatalkan konsertnya di Lima pada Ahad selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah pada bahagian perut, menurut penyanyi itu.
Shakira berkongsi kenyataan di akaun Instagram dan X pada petang Ahad, memaklumkan dia kini sedang dirawat di hospital dan doktor telah menasihatkannya supaya tidak membuat persembahan.
“Saya sangat sedih kerana tidak dapat naik ke pentas hari ini. Saya begitu teruja untuk bertemu semula dengan peminat saya di Peru,” katanya.
Penyanyi itu tiba di Peru pada Jumaat malam dan dijadualkan mengadakan konsert pada Ahad dan Isnin. Peru merupakan destinasi kedua dalam jelajah Las Mujeres Ya No Lloran, selepas dua malam persembahan di Brazil minggu lalu.
Shakira kini sedang mengadakan jelajah sebagai sokongan kepada album terbarunya, Las Mujeres Ya No Lloran, yang mengisahkan perceraiannya yang mendapat liputan meluas.
Album ini turut menampilkan lagu hit global Shakira: Bzrp Music Sessions, Vol. 53, yang memenangi Anugerah Grammy 2024 untuk Album Pop Latin Terbaik awal bulan ini.
Jelajah Shakira akan diteruskan di beberapa negara Amerika Latin sebelum beralih ke Kanada dan Amerika Syarikat pada bulan Mei, dengan siri konsert yang dijadualkan berlangsung sehingga Jun. – AP
