WASHINGTON, 31 Dis – Patrick Shanahan, esok bakal menjadi pemangku setiausaha pertahanan AS dan menerajui jentera ketenteraan besar Amerika pada waktu genting.
Shanahan dari memegang jawatan timbalan setiausaha pertahanan kepada jawatan tertinggi ekoran peletakan jawatan Jim Mattis yang meletak jawatan setelah percanggahan pendapat lama dan akhirnya tidak dapat diselesaikan dengan Presiden Donald Trump.
Kurang dikenali di luar lingkaran perniagaan dan Washington, Shanahan akan berperanan ke peringkat dunia pada ketika perubahan kacau bilau dan langkah dasar luar yang tidak dapat dijangkakan di bawah Trump.
Pada bulan ini Presiden mengarahkan pengunduran pasukan AS dari Syria dan pengunduran 50 peratus di Afghanistan, yang kini Shanahan mesti mengawasi pengunduran AS dari Syria dan berperanan penting dalam membantu Trump menentukan langkah pengunduran keluar. – AFP
