Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Shanghai batal keperluan ujian COVID

    BEIJING, 4 DIS – Pihak berkuasa di hab kewangan China, Shanghai akan membatalkan beberapa keperluan ujian bermula esok dalam pelonggaran terbaharu negara itu terhadap dasar sifar COVID yang ketat susulan protes yang tidak pernah berlaku selama berdekad-dekad.

    Beberapa bandar mula menarik balik sekatan selepas orang ramai berang terhadap langkah pembendungan ketat yang mencapai kemuncak hujung minggu lalu, apabila protes spontan berlaku di beberapa bandar China.

    Penduduk Shanghai tidak lagi memerlukan keputusan ujian negatif 48 jam untuk menggunakan pengangkutan awam dan memasuki tempat luar seperti taman dan tarikan pelancong, kata pihak berkuasa dalam siaran WeChat hari ini.

    Bandar dengan penduduk lebih 23 juta itu telah ditutup selama berbulan-bulan tahun ini, membebankan aktiviti ekonomi domestik.

    Shanghai mengikuti beberapa bandar termasuk Beijing, Tianjin, Shenzhen dan Chengdu, yang semuanya membatalkan keperluan ujian bagi pengangkutan awam pada Sabtu.

    Pihak berkuasa tempatan Beijing juga membatalkan pendaftaran nama sebenar untuk membeli ubat selesema dan demam.

    Pihak berkuasa kesihatan China bulan lalu mengeluarkan senarai langkah yang direka untuk ‘mengoptimumkan’ sifar-COVID dan meminimumkan kesan sosioekonominya, tetapi penguatkuasaan tempatan terhadap langkah-langkah itu berbeza-beza. – AFP

    Gambar fail bertarikh 28 November menunjukkan kakitangan kesihatan mengambil sampel swab di Shanghai. Pihak berkuasa hab kewangan Shanghai bermula 5 Disember akan membatalkan keperluan ujian swab. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...