Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shanghai lengang, pasaran kewangan turut terkesan

    BEIJING, 29 MAC – Pihak berkuasa China hari ini memberi jaminan kepada syarikat-syarikat dan pelabur yang bimbang ketika perintah berkurung dua fasa dilaksanakan ke atas bandar 26 juta penduduk, Shanghai yang memasuki hari kedua, mengakibatkan pusat bandar kewangan, pengilangan dan perdagangan yang lazimnya sibuk itu menjadi senyap sunyi.

    Penularan Omicron di Shanghai adalah satu daripada siri menguji keupayaan negara itu yang menguatkuasakan strategi sifar-COVID tanpa mahu menjejaskan teruk ekonomi dan kehidupan harian penduduknya.

    Banyak kedai ditutup dan kawasan pejalan kaki kelihatan lengang meskipun separuh bandar itu masih lagi dibuka. Perintah berkurung diadakan dalam dua fasa untuk mengehadkan gangguan, bermula dengan daerah kewangan Pudong dan kawasan sekitarnya di bahagian timur Sungai Huangpu yang memisahkan Shanghai.

    Perintah berkurung turut menambah kebimbangan kepada pasaran kewangan selain perang Rusia-Ukraine, usaha Rizab Persekutuan AS untuk meredakan inflasi meningkat akibat kenaikan kadar faedah dan beberapa lagi cabaran lain ekonomi global.

    Reaksi pasaran termasuk penurunan tujuh peratus dalam harga minyak pada Isnin di London tidak mencerminkan ‘realiti sebenar situasi’ namun pelabur sudah pun kurang senang dengan situasi di China dan ekonomi global, kata Michael Every dari Rabobank.

    “Kita punya masalah menggunung yang perlu kita risaukan, dan ini hanyalah sedikit berbanding banyak lagi,” katanya. “Jika ia hanyalah perintah berkurung COVID, tidak sukar melihat sejarah kebelakangan ini dan bagaimana ia membawa impak. Namun ini hanyalah bersifat luaran sahaja dan masih banyak lagi isu lain,” tambahnya. – AP

    Keadaan di pusat bandar Shanghai yang kelihatan lengang. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda