Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shania Twain ucap tahniah buat Taylor Swift

    Penyanyi senior antarabangsa, Shania Twain menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi terkenal, Taylor Swift atas kejayaan sebagai penyanyi wanita dengan lagu nombor satu paling lama dalam carta Billboard’s Top Country Album.

    Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Ka-Ching! itu menerusi satu ciapan di platform Twitter miliknya.

    Katanya, dia menzahirkan rasa bangga dengan Taylor yang berjaya memecahkan rekod yang dipegangnya selama ini.

    Let’s go girls! Saya bangga dengan awda @taylorswift13. Rekod bersejarah adalah sesuatu yang perlu dibuat dan kemudiannya dipecahkan. “Baton seharusnya diserahkan kepada generasi muda,” ciapnya di Twitter.

    Ciapan berkenaan dibanjiri pelbagai respons warganet buat kedua-dua penyanyi kesayangan mereka itu. – Agensi

    Shania Twain (kanan) menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi terkenal, Taylor Swift atas kejayaan sebagai penyanyi wanita dengan lagu nombor satu paling lama dalam carta Billboard’s Top Country Album. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda