Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Shapovalov, Krejcikova mara suku akhir Terbuka Australia

    MELBOURNE, 23 JAN – Pemain pilihan ketiga dari Jerman, Alexander Zverev, disingkirkan daripada pusingan keempat Terbuka Australia oleh pemain pilihan ke-14 dari Kanada, Denis Shapolavov hari ini.

    Shapovalov menewaskan juara Olimpik Tokyo itu 6-3, 7-6 (7/5), 6-3, dalam masa dua jam dan 21 minit di Margaret Court Arena dan kini akan menentang juara Grand Slam 20 kali, Rafael Nadal pada suku akhir.

    Ia meninggalkan Zverev, 24, masih mengejar gelaran utama pertama.

    “Ia mungkin yang paling tidak saya jangka akan tamat dalam tiga set,” kata Shapovalov, 22, selepas jadual perlawanannya yang melelahkan itu untuk ke pusingan kelompok 16 terakhir.

    “Saya merasakan keadaan memihak kepada saya pada awal perlawanan, kehilangan sedikit momentum pada set kedua, tetapi bermain dengan baik untuk bangkit semula dan hanya meneruskannya dari sana.”

    Ini akan menjadi suku akhir pertama Shapovalov di Terbuka Australia.

    Sementara itu, juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova masih lagi tidak dapat percaya bahawa dia akan berdepan dengan pemain terbaik di akhir kejuaraan nanti selepas menewaskan juara Terbuka Australia dua kali, Victoria Azarenka hari ini.

    Pemain pilihan keempat itu telah memenangi perlawanan menyingkirkan pemain veteran dari Belarus, Azarenka, yang mengalami kesukaran disebabkan masalah lehernya, dengan keputusan 6-2, 6-2 di Rod Laver Arena untuk menempah satu tempat di pusingan suku akhir menentang pemain servis terbaik, Madison Keys.

    Krejcikova, berasal dari Republik Czech, bermula dari tahun lalu telah dikenali sebagai pemain terbaik beregu yang mengutip 10 gelaran juara termasuk beregu campuran di Terbuka Australia pada 2020 dan 2021. – AFP

    Aksi Denis Shapovalov membuat pukulan depan kepada Alexander Zverev semasa perlawanan pusingan keempat di kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 23 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...