Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharapova terima wildcard Terbuka Madrid

    MADRID, 9 Feb – Juara Grand Slam sebanyak lima kali, Maria Sharapova (gambar) menerima wildcard bagi Terbuka Madrid pada bulan Mei ini, hanya beberapa minggu selepas melengkapkan penggantungan selama 15 bulan kerana dadah, penganjur mengesahkan semalam.

    Pemain dari Rusia itu, yang memenangi Terbuka Perancis bagi Grand Slam kelima pada 2014, sejurus selepas memenangi Terbuka Madrid pada tahun itu, merancang untuk membuat aksi kembalinya ke pertandingan di Stuttgart itu pada 26 April.

    “Sharapova membuat permintaan jemputan untuk beraksi dalam pertandingan dan selepas pertimbangan teliti, kami memutuskan untuk memberikannya wildcard,” kata pengarah pertandingan dan bekas juara Wimbledon, Manolo Santana.

    “Maria merupakan salah seorang pemain terbaik dalam tempoh 15 tahun dan juga pemenang bagi pertandingan kami sebelum ini.

    “Di Madrid, dia selalu beraksi dengan baik dan saya pasti dia akan kembali ke gelanggang dengan semangat tinggi serta berharap untuk melakukan dengan baik dalam pertandingan pertamanya.”

    Sharapova tidak beraksi dalam jelajah sejak diuji positif bagi pengambilan meldonium pada Terbuka Australia 2016.

    Bagaimanapun, penggantungan dua tahun oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa, telah dikurangkan kepada15 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara bagi Sukan.

    “Sharapova merupakan antara pemain yang mahu disaksikan oleh para peminat tenis,” tambah CEO pertandingan, Gerard Tsobanian.

    Pertandingan itu bermula dari 6 sehingga 13 Mei. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda