Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharifah Amani bakal bergelar ibu

    Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Amani berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang berbadan dua.

    Khabar gembira itu dikongsikan Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, menerusi Instagram miliknya hari ini.

    “Syukur, Alhamdulillah,” katanya di ruangan kapsyen menurut laporan mStar.

    Menerusi video tersebut turut memperlihatkan pelbagai reaksi termasuklah suami Amani iaitu Ahmed Faris, rakan-rakan selebriti dan keluarga Amani.

    Rata-rata mereka terkejut dan sebak dengan khabar gembira itu.

    Bagaimanapun, Amani tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini.

    Namun dia berkongsi beberapa fotonya yang sudah sarat hamil anak pertama.

    Untuk rekod, Amani dan Ahmed Faris, 40, berkahwin pada 10 September 2022.

    Pasangan itu disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat. – Agensi

    Amani dan suami bagai tak percaya bakal bergelar ibu bapa. – beautifunara.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda