Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharifah Rose kebal kecaman dilabel pelakon ‘kayu’

    Selebriti media sosial, Sharifah Rose (gambar), 23, yang mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan mengaku makin selesa dalam menghidupkan karakter selepas menimba ilmu dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Kisah Cinta Rumi.

    “Melihat lakonan saya dalam drama, saya boleh nampak kesalahan kecil yang saya buat. “Saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon dan pengarah.

    Sharifah Rose bersyukur dapat berganding dengan aktor, Redza Rosli yang sangat membantunya menghidupkan karakter.

    Sebelum ini, lakonan Sharifah Rose dalam drama siaran slot Lestary di TV3 hangat diperkatakan terutama kebolehannya menghidupkan watak. Ramai mempertikaikan kewajaran penerbit dan stesen penyiar memilih personaliti media sosial sebagai pelakon drama berdasarkan faktor pengikut yang ramai.

    Lantas, istilah pelakon ‘kayu’ atau ‘pokok’ mula dilemparkan kepada Sharifah Rose. Nama Sharifah Rose menjadi sebutan gara-gara ciapan pelakon, Izara Aishah mengenai kehadiran selebriti media sosial dalam dunia lakonan.

    Bagaimanapun, Sharifah Rose berfikiran positif dalam berdepan kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

    “Saya percaya setiap orang ada pandangan dan pendapat sendiri.

    “Saya sentiasa ambil kritikan orang secara positif kerana saya yakin, dari situ saya dapat perbaiki diri dan melakukan dengan lebih baik,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda