Kemunculannya menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard menerima kecaman hebat gara-gara lakonan ‘kayu’, namun kehadiran pelakon baharu, Sharifah Rose, 23, semakin diterima ramai. Bukan hanya video sedutan drama menggandingkannya dengan Redza Rosli itu menjadi trending di aplikasi TikTok, malah berjaya membolosi pencalonan awal Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, baru-baru ini.