Wednesday, November 27, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharifah Sakinah dukung anjing

    Pelakon Malaysia, iaitu Sharifah Sakinah memohon maaf kepada semua pihak seandainya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing dalam satu hantaran video di Instagram Story miliknya, semalam.

    Memetik laporan Harian Metro, Sakinah memaklumkan dirinya menerima segala teguran dan kecaman dengan hati yang terbuka.

    “Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.

    “Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya seperti yang dipetik.

    Lantaran itu, adik kepada selebriti terkenal, Sharifah Shahira itu berharap agar isu ini tidak lagi diperbesarkan atau disensasikan oleh pihak lain.

    “Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka.

    “Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya lagi.

    Terdahulu, video yang memaparkan Sakinah sedang menari sambil mendukung seekor anjing telah dikecam hebat warganet kerana perbuatannya itu dianggap tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.

    Lebih mengejutkan, pelakon berusia 35 tahun itu turut kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung binatang berkenaan. – Agensi

    Sakinah terima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. – SuriaFM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda