Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sharnaaz Ahmad dituduh samseng

    Pelakon, Sharnaaz Ahmad, tidak terkesan dengan sindiran segelintir warganet yang melabelnya sebagai samseng, susulan kes mahkamah melibatkan pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium, Jun tahun lalu.

    Menurut Sharnaaz, dia terbuka menerima sebarang nasihat atau teguran daripada mana-mana pihak, termasuk warganet, tetapi mempunyai pendirian atas setiap tindakannya.

    “Saya okey saja mana-mana pun. Mafia pun okey, popia pun okey. Yang penting, bila dipijak, bangun.

    “Itu ayah saya yang ajar. Kita pejuang untuk diri kita sendiri. Itu cara saya,” katanya.

    Sharnaaz berkata demikian dalam satu hantaran di Twitter selepas seorang pengguna platform tersebut memuat naik terguran terhadapnya.

    “Sebagai artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.

    Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki pada Jun lalu.

    Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah.

    Sharnaaz dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 oleh seorang penjamin sebelum kes tersebut disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen. – Agensi

    Sharnaaz Ahmad ditegur oleh warganet dan dilabel sebagai samseng setelah dia dihadapkan mahkamah kerana dituduh mencederakan individu pada Jun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...