Jumaat, 21 November 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik mengikuti trend lagu Jamilah yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

    Sharnaaz, 40, secara berseloroh berkata mana-mana individu berstatus duda yang memuat naik video mengikuti trend tersebut akan digugurkan serta-merta daripada ‘persatuan’.

    “Kepada semua ahli dan prospek Persatuan Duda-duda Malaysia (PDDM). Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu, awda akan digugurkan dan disenarai hitam serta merta dari persatuan,” katanya.

    Dia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

    Menurut Sharnaaz, trend berkenaan seolah-olah memberi gambaran bahawa lelaki duda terlalu terdesak untuk mencari pasangan.

    “Kita duda tapi bukan terdesak, kita ada gaya,” katanya lagi.

    Trend lagu Jamilah itu mula tular selepas pelakon Que Haidar memuat naik video dirinya berbaring di atas katil tanpa berbaju sambil menyanyikan lagu popular nyanyian Jamal Mirdad. Fenomena tersebut kemudiannya diikuti ramai selebriti dan pengguna media sosial lain terutama di TikTok. – Agensi

    Sharnaaz berseloroh mahu gugurkan ahli PDDM sekiranya buat video Jamilah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda