Thursday, November 28, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis

    Pelakon Malaysia, Sharnaaz Ahmad meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan peribadi orang lain susulan ramai mula bertanya tentang punca penceraian bekas isterinya iaitu Noor Nabila dengan Engku Emran pada kelmarin.

    Memetik dari mStar, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dan Allah S.W.T. adalah sebaik-baik perancang untuk manusia.

    “Kita jangan menyibuk sangat hal orang. Hal kita belum tahu lagi. Tuhan dah tulis untuk kita apa yang akan terjadi di masa depan.

    “Setiap yang kita cakap itu, Tuhan dah tulis apa yang diberikan kepada kita,” katanya.

    Sharnaaz berkongsi mengenai perkara itu apabila ditanya pengikutnya ketika membuat video siaran langsung di Instagram miliknya.

    Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 38, sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abiddin, 48, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada kelmarin.

    Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu dia percaya Noor Nabila kuat berdepan dengan dugaan perceraian dan menyifatkan wanita itu sebagai kuat.

    “Mommy Jebat (Nabila) okey sahaja, insyaAllah jangan risau. Dia wanita yang kuat. Dia kena hadap benda macam ini, bukan kita minta.

    “Tuhan beri kita macam-macam. Dia beri kita yang baik, kita tak nampak. Tuhan tarik sikit, biar kita pening. Fikir positif akan ada yang baik berlaku,” jelasnya.

    Untuk rekod Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

    Kemudian Nabila berkahwin pula dengan Emran pada 19 Mac 2021 dan mereka tidak memiliki cahaya mata.

    Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan berpisah selepas tujuh tahun bersama.

    Mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

    Usahawan itu berkahwin kali kedua dengan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan hubungan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2020. – Agensi

    Sharnaaz percaya Nabila seorang wanita yang kuat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda