Kami sudah bercerai Januari tahun lalu,” kata komposer, Sharon Paul, 48, mengesahkan perceraiannya dengan pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli.
Sharon berkata, keputusan bercerai diambil selepas tidak menemui penyelesaian membabitkan kedua-dua belah pihak.
“Saya uruskan sendiri semua proses perceraian termasuk melantik peguam dan selesaikan semuanya. Kalau tunggu dia, memang tidak akan jadi apa-apa,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Sharon berkata, dia menganggap tahun ini sebagai tahun pemulihan. Dia juga mendakwa terpaksa berada situasi yang dinamakan ‘cold violence’ sepanjang berkahwin dengan Rusdi.
“Saya rasa bebas sekarang,” katanya.
Berbicara mengenai hak penjagaan dua anak lelaki mereka, Sharon berkata, mereka memilih untuk tinggal bersamanya.
“Anak-anak pilih untuk tinggal bersama saya. Mereka juga boleh tinggal dengan Rusdi, tapi mereka lebih selesa duduk dengan saya,” katanya.
Terdahulu, wujud khabar angin mendakwa rumah tangga Sharon dan Rusdi bergoyah. Pasangan itu berkahwin pada 2008 dan dikurniakan dua anak lelaki, Reo Ridza, 16 dan Ryan Ridza, 13.
Rusdi turut memiliki seorang anak lelaki, Efiezal Ridza, 34, daripada perkahwinan pertamanya. – Agensi
