Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Shaw kembali jalani latihan

    LONDON, 22 NOV – Pemain pertahanan Manchester United dan England, Luke Shaw telah kembali menjalani latihan selepas diberhentikan akibat kecederaan yang panjang, umum kelab itu hari ini.

    Pemain pertahanan kiri berusia 28 tahun itu mengalami ‘masalah otot’ pada minggu permulaan musim tetapi kembali menjalani latihan penuh menjelang pertembungan Liga Perdana Ahad nanti dengan Everton.

    Ketiadaan Shaw telah menimbulkan masalah di bahagian pertahanan kiri United terutamanya dengan kecederaan panjang Tyrell Malacia.

    Sergio Reguilon telah dipinjam dari Tottenham sebagai pilihan tambahan dalam posisi itu, manakala Sofyan Amrabat, Diogo Dalot dan Victor Lindelof juga telah mengisi tempat tersebut.

    Shaw adalah bahagian penting dalam kejayaan United musim lalu dan ketiadaannya dirasai kerana pasukan Erik ten Hag telah mengalami permulaan kempen yang tidak menentu.

    United berada di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara dan tewas lima daripada 12 perlawanan Liga Perdana pertama mereka, duduk di kedudukan keenam.

    Kelab itu mempunyai beberapa kebimbangan kecederaan lain menjelang kunjungan ke Goodison Park.

    Christian Eriksen dan Rasmus Hojlund dimasukkan ke dalam senarai yang tidak dapat diturunkan sebelum rehat antarabangsa, dengan penjaga gol Andre Onana cedera semasa beraksi di Cameroon. – AFP

    Aksi Shaw semasa Liga Perdana di Stadium Tottenham Hotspur di London, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...