LONDON, 10 Sept – Luke Shaw dijangka kembali ke Manchester United selepas mengalami konkusi pada perlawanan yang menyaksikan England tewas di tangan Sepanyol dan Gareth Southgate menurunkan Ben Chiwell dan Demarai Gray.
Skuad Southgate memulakan kempen Liga Negara UEFA bersama kekecewaan setelah tewas 2-1 di Wembley hujung minggu lalu namun bimbang terhadap kesihatan pemain berusia 23 tahun itu.
Shaw telah membantu gol pembukaan Marcus Rashford pada saingan pertamanya bersama England sejak September 2015 – setelah muncul hanya sekali seminggu sebelum kakinya patah pada saingan Liga Juara-juara.
Dia kelihatan berdepan kecederaan beberapa minit sebelum perlawanan direhatkan, di mana kepalanya terhantuk pada dada Dani Carvajal dan kepalanya terhantuk berkali-kali di atas padang.

Impaknya itu boleh didengar dari bangku dan memaksanya dipapah keluar menggunakan topeng oksigen dan pendakap leher selepas menerima rawatan.
Shawa kemudiannya mengumumkan di Twitter bahawa dia dalam keadaan baik dan akan kembali ke United hari ini.
Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak: “Luke Shaw masih berada di St George hari ini untuk meneruskan rehat dan memantau kesihatannya setelah mendapat konkusi ketika menentang Sepanyol. Dia akan kembali ke kelabnya esok.”
Kecederaan Shaw telah membuka ruang bagi kemunculan Chilwell, yang meningkat daripada skuad England Bawah 21 bersama rakan sepasukannya dari Leicester, Gray. – AFP