Penyanyi terkenal Hollywood, Shawn Mendes meluahkan kesedihan dan permohonan maaf kepada peminatnya kerana terpaksa membatalkan konsert yang sepatutnya diadakan di Sao Paulo, Brazil pada 30 November disebabkan masalah kesihatan.
Mendes turut menulis permohonan maaf menerusi akaun Twitter miliknya pada Ahad, mengatakan konsert tersebut terpaksa dibatalkan akibat mengalami laringitis (radang pada kotak suara) menyebabkan pita suaranya bengkak.
“Sao Paulo, saya memohon maaf dan terpaksa memberitahu perkara ini, hari ini saya terbangun disebabkan berasa sakit, dan pergi berjumpa doktor, mengetahui bahawa saya mempunyai Laringitis serta jangkitan sinus yang menyebabkan pembengkakan pada pita suara.
“Agak menghancurkan hati saya untuk melakukan ini, tetapi doktor berkata saya tidak boleh mengadakan persembahan pada malam ini atau ia akan menyebabkan risiko pada pita suara saya dalam jangka panjang,” luah Mendes pada posting tersebut.
Penyanyi berusia 21 tahun ini memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji kepada peminatnya untuk mengganti persembahannya nanti. – Agensi
