Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shaza Bae terkejut ramai wanita DM puji kacak

    Gara-gara melakonkan watak Sam dalam drama Aku Bukan Ustazah, pelakon Shaza Bae memberitahu dia menerima banyak mesej daripada peminat di media sosial.

    Bukan hanya memuji lakonannya, malah tidak kurang juga yang bercakap tentang perwatakan seperti tomboi yang dilakonkan.

    Kata Shaza atau Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 29, dia juga terkejut apabila kebanyakan yang memberi mesej pujian itu datangnya daripada golongan wanita.

    “Awak yang hantar DM (direct messege) beritahu saya terlalu kacak untuk jadi wanita. Kebanyakan yang hantar mesej ini adalah wanita bertudung.

    “Tak kurang juga ada yang cakap ‘cair’ melihat watak Sam,” katanya kepada mStar.

    Shaza ada cara tersendiri supaya tidak terbawa-bawa watak tomboi dalam kehidupan harian. – mStar

    Shaza bagaimanapun menganggap ia hanyalah sekadar pujian daripada penonton drama berkenaan dan membalas penghargaan itu dengan cara baik.

    Malah, dia turut mengingatkan dirinya bukan peminat kaum sejenis dan meminta mereka tidak terlibat dengan hubungan berkenaan.

    “Jika sempat saya akan balas dah beritahu itu hanyalah watak. Harap mereka tidak kecewa apabila berjumpa saya secara bersemuka kerana saya adalah orang yang berbeza dengan watak tersebut.

    “Ada juga yang mesej diterima, saya sekadar bagi like sahaja kerana tak mendorong mereka ini ke arah perkara tidak elok,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda