LONDON, 11 JUN – Kapten pasukan Sheffield United, Billy Sharp dan naib kapten Oliver Norwood telah menandatangani kontrak baharu, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam. Sharp, pemain penyerang yang telah menjaringkan 93 gol dalam 197 penampilan semasa musim ketiga bersama Yorkshire, telah menyetujui perjanjian dua tahun kekal di Bramall Lane sehingga akhir musim 2021/22.