Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Shehbaz Sharif dipilih PM Pakistan

    ISLAMABAD, 3 MAC – Shehbaz Sharif telah dipilih hari ini sebagai perdana menteri Pakistan untuk kali kedua, memimpin pakatan goyah yang telah mengetepikan penyokong-penyokong ketua pembangkang yang dipenjarakan, Imran Khan.

    Ahli-ahli parlimen yang baharu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat Pakistan telah memilih Sharif dengan 201 undi, lebih tiga minggu selepas pilihan raya negara dicemari dengan dakwaan penipuan yang meluas.

    “Tiada siapa yang memenangi majoriti. Ia adalah mandat yang terbahagi. Dan ini adalah cara demokrasi jika ia adalah mandat yang terbahagi, maka parti-parti yang berhaluan sama mungkin membentuk kerajaan campuran,” kata Sharif kepada parlimen, merujuk kepada pilihan raya 8 Februari.

    Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang dipimpin oleh keluarga Sharif bergabung dengan pesaing bersejarah mereka iaitu Parti Rakyat Pakistan (PPP), serta beberapa puak yang lebih kecil, untuk menghalang calon-calon Khan.

    Sebagai balasan, PPP – sebuah parti dinasti yang diperintah oleh keluarga bekas perdana menteri yang terbunuh, Benazir Bhutto – telah dijanjikan jawatan presiden untuk duda Bhutto, Asif Ali Zardari.

    Bekas perdana menteri Khan dipenjarakan menjelang pilihan raya dan dilarang daripada bertanding, manakala parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) beliau telah menjadi sasaran tindakan keras penahanan dan penapisan.

    Calon-calon PTI terpaksa bertanding sebagai calon bebas tetapi masih berjaya memperoleh lebih banyak kerusi berbanding mana-mana parti lain.

    Walau bagaimanapun, mereka tidak mencapai angka yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, membuka jalan bagi kepulangan Sharif. – AFP

    Penyokong parti PML-N meraikan pemilihan Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri baharu Pakistan di luar Bangunan Parlimen di Islamabad kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...