Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sheikh Hasina dijatuhkan hukuman mati

    DHAKA / ISTANBUL, 18 NOV – Sebuah mahkamah di Dhaka kelmarin telah menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas mendapati beliau bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan tahun lepas semasa demonstrasi besar-besaran menentang kerajaan beliau, menurut laporan agensi Anadolu.

    Mahkamah Antarabangsa Jenayah yang berpangkalan di Dhaka membacakan keputusan terhadap Hasina dan bekas pembantu beliau.

    Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos tahun lepas ketika kebangkitan besar-besaran menentang kerajaan beliau, yang mengakibatkan kematian lebih 1,400 orang.

    Beliau kemudian didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan, disamping kes lain.

    Kebangkitan pelajar yang dipimpin secara besar-besaran tahun lepas menumbangkan kerajaan Liga Awami pimpinan Hasina, yang memerintah negara Asia Selatan itu selama lebih 15 tahun.

    Mahkamah berkata, Hasina melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam kes itu dan berkata yang Hasina adalah “komander tertinggi bagi semua kekejaman.”

    “Jenayah itu berlaku dalam pengetahuan beliau (Hasina),” menurut tribunal tiga anggota, diketuai oleh Hakim Md. Golam Mortuza Mozumder, dalam penghakiman setebal 453 muka surat. – Bernama

    Gambar fail Sheikh Hasina Wajed berucap pada acara ‘Girl Summit 2014’ di Walworth Academy pada 22 Julai 2014 di London, England. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda