Wednesday, April 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sheikh Jassim tarik balik tawaran beli United

    MANCHESTER, 15 OKT – Ahli bank Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani, telah menarik balik tawarannya untuk membeli kelab Manchester United, kata sumber yang rapat dengan perjanjian itu kepada AFP kelmarin.

    Hampir setahun lalu, United mengumumkan ia sedang meneroka ‘alternatif strategik untuk meningkatkan pertumbuhan kelab’, dengan penjualan penuh sebagai salah satu pilihan.

    Sheikh Jassim dan jutawan Britain, Jim Ratcliffe, merupakan calon utama setelah beberapa pusingan bidaan awal tahun ini, tetapi proses tersebut terhenti sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sekali gus mencetuskan kemarahan penyokong terhadap pemilik semasa, keluarga Glazer.

    The Daily Mail melaporkan bahawa Ratcliffe kini bersedia untuk mendapatkan 25 peratus kepentingan dalam kelab itu dengan bayaran kira-kira AS$1.7 bilion.

    Keluarga Glazer telah memiliki pasukan gergasi Inggeris itu sejak pengambilalihan dengan pinjaman besar pada 2005 sebanyak £790 juta membebankan kelab itu dengan hutang besar. Angka pada bulan Mac menunjukkan hutang United kini telah meningkat kepada £970 juta. – AFP

    Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani (kiri) bersama abangnya, Sheikh Jassim di atas podium selepas perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Lusail di Lusail, Qatar pada 18 Disember 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda