Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sheila Rusly maafkan warganet caci, maki dirinya gara-gara jadi opah jahat

    Gara-gara melakonkan watak sebagai opah yang bersikap jahat menerusi drama Bukan Gadis Biasa, pelakon dan pengarah Sheila Rusly menerima mesej dan komen kecaman daripada warganet di Instagram.

    Rata-rata warganet meluahkan rasa berang dan geram dengan lakonan Sheila, 49, sehingga ada yang menghantar mesej yang keterlaluan.

    “Tau la ni produksi kau, Sheila Rusli, tapi tak semestinya kau kena gunakan semua kepala orang kau sentuh. Kau main kepala ya Sheila Rusly.

    “Saya rasa nak tumbuk sis sekarang.

    “Ayah saya sis Sheila Rusly, dia kata kenapa budak itu tak ludah saja kat nenek dia tu.”

    Warganet marah dengan watak opah Aminah lakonan Sheily menerusi drama Bukan Gadis Biasa. – Agensi

    Isteri kepada pengarah Azman Yahya atau Jinggo itu turut memuat naik paparan skrin mesej dan komen kecaman warganet terhadap watak lakonanya itu.

    Menerusi ruang komen tersebut, ramai antara warganet dan selebriti memuji lakonan Sheila yang menjadi sehingga membuatkan penonton berasa marah.

    Dalam pada itu, Sheila menerusi kapsyen di foto tersebut memberitahu dia sudah memaafkan sesiapa saja yang tidak dapat membezakan antara realiti dan lakonan.

    Bagaimanapun, Sheila turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya membawa watak sebagai Opah Aminah yang dibenci penonton.

    “Sis dah maafkan mereka yang tak boleh bezakan antara realiti dan fantasi. Apa-apa pun sis bersyukur sebab berjaya buat anda semua benci opah Aminah,” katanya.

    Drama tersebut yang dibintangi oleh Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Chacha Maembong, Ozlynn dan ramai lagi. –Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda