Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shein berdepan peraturan digital ketat di Kesatuan Eropah

    LONDON, 28 APRIL – Peruncit fesyen pantas dalam talian Shein mesti berdepan tahap peraturan digital paling ketat Kesatuan Eropah (EU), kata blok itu pada Jumaat ketika ia menambah syarikat itu ke senarai platform besar yang memerlukan penelitian tambahan.

    Suruhanjaya Eksekutif EU berkata, ia secara rasmi mengklasifikasikan Shein sebagai ‘platform dalam talian yang sangat besar’ di bawah Akta Perkhidmatan Digital blok 27
    negara itu, sebuah buku peraturan besar yang direka untuk membersihkan platform dalam talian dan memastikan pengguna internet selamat.

    Shein adalah peniaga dalam talian kos rendah yang diasaskan di China tetapi kini berpangkalan di Singapura. Ia menjangkau pelanggan terutamanya melalui aplikasinya.

    Syarikat itu berkata ia akan ‘bekerja secara konstruktif’ untuk ‘menyampaikan persekiaran yang selamat dan patuh untuk komuniti dalam talian kami’.

    “Kami berkongsi matlamat suruhanjaya untuk memastikan pengguna di EU boleh membeli-belah dalam talian dengan tenang dan kami komited untuk memainkan peranan kami,” kata Leonard Lin, ketua hal ehwal awam global Shein, dalam satu kenyataan.

    “Kami juga berkongsi komitmen terhadap prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang menjadi teras DSA.”

    Shein telah mengalami peningkatan mendadak di Barat dengan menawarkan pakaian dan barangan rumah kos rendah, terutamanya menyasarkan wanita muda melalui perkongsian media sosial dengan kerjasama pempengarush dan selebriti dalam talian.

    Oleh kerana ia mempunyai lebih daripada 45 juta pengguna Eropah, Shein perlu mula mematuhi keperluan paling ketat menjelang Ogos.

    Ia termasuk mengambil langkah khusus untuk melindungi pengguna dalam talian dan menilai serta mengurangkan sebarang ‘risiko sistemik’ daripada perkhidmatannya, seperti mengehadkan penjualan produk haram atau tiruan. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda